Sunday, February 20, 2011

Miserable

Wassup my folkie,

I'm sure that you guyz dah tengok kan about my Yummy Recipe Entry.What do you think?Best tak recipe tuh?Of course la kan.So if you guyz tiba - tiba je rasa nak jadi chef try lah recipe tuh.Three weeks more to go until my first semester break.Yeayy..

Tapikan next week ada exam lar.Ohh...stress nya.And my principal said if all of us can't strive 6A'S this exam,they kindly gonna meet our parant.What the bloody hell is it!.Sebal betul.Esok akan ada new student special for Form 4.Best nya dapat kawan baru even they definitely not going to be part of my class but me and my (B) want to have new group so that we can revenge back to that Si Lupa Dratan tuh.

Kasi padan muka dia.Dah la kat sk0ol annoying nak mampus.Memang betul lar yang dia tuh Drama Queen.What a great improvement for her.I mean,before this she's a geeky and now she totally change.She try to be glam girl but i think she shoul stop trying to be glam and vogue cuz she just budak hingusan yang tak tau apa itu makna glam!

Esok juga merupakan hari yang penting buat sk0ol ku and also Upper 6 student.21 Feb 2011 - STPM result.
Hope my sk0ol akan mendapat result yang cemerlang.

Friday, February 18, 2011

Choco cupcakes

Bahan-bahan ( 50 BIJI )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula custor
  • 2 sudu besar butter
  • coklat masakan secukupnya - lebih kurang 150 gm
  • ceri sebagai hiasan - dibelah 2
  • 2 - 3 sudu besar susu cair

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Dalam bekas berasingan campurkan telur dan gula kacau hingga sebati - tak perlu kembang.
  3. Coklat dipotong dadu atau diparut,dicairkan bersama butter.Kacau sebati.-kaedah doble boiler
  4. Masukkan telur kedalam coklat sambil di kacau rata.
  5. Campurkan tepung dan susu sedikit2 kedalam bekas yg berisi coklat tadi dan di gaul menggunakan kaedah kaup balik.
  6. Tuangkan kedalam acuan dan hiaskan dgn ceri. Bakar selama 15-20 minit atau masak.
  7. Adunan akan sedikit lembik semasa panas dan akan keras pabila sejuk.
  8. Siap untuk dihidang.

Vanilla Cupcake

Bahan-bahan ( 35 biji )

  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Untuk ising:
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
  4. Acuan_cupcake
    Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
  6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
  7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

Kek Keju Cheddar

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )

  • 250 g mentega
  • 230 g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
  • 100 ml susu UHT
  • 280 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder

Cara-cara

  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

Kek Batik

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 packet milo (packet yg plg kecil)
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
  • 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
  2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
  4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

Oreo Filling Cheese Cake

Bahan-bahan ( 20cm - serves 8 )

  • Base
  • 2 pkt biscuit oreo - asingkan cream nya
  • 1/3 cup melted butter

  • Cake
  • 250g cream cheese
  • 2 biji telur
  • 1/3 cup susu pekat
  • cream oreo biscuit
  • baki biskut oreo yg dh dihancurkan - optional

Cara-cara

  1. Base
    satukan melted butter dan biskut oreo yg tlh hancur. dan tekan2 pada dasar loyang kek. pre-bake utk 10 minit. ketepikan sebentar
  2. Cake
    pukul cream cheese until fluffy. masukkan filing oreo, sebatikan.
  3. masukkan susu, pukul sebati. masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati.
  4. jika ada baki biskut oreo yg dh hancur, boleh masukkan - tambah ummph! :) kaup balikkan.
  5. bila sebati, tuangkan ke dalam loyang yg berisi base td. ratakan.
  6. bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau hingga masak.
  7. Serve
    bila masak, chill kan selama 4 jam atau overnight. boleh servekan bila2. bekpes pn tibai aje~
  8. p/s : kalau rasa dh manis time masukkan cream, boleh kurangkan sket susu. n kalau ada biskut cream crackers pn lg sdap utk buat base dia. slmt mencuba!~